top of page

KPM lantik lebih 20,000 guru, isi kekosongan jawatan sepanjang 2024



Seramai 20,171 guru baharu telah dilantik secara lantikan tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah pada tahun lepas.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata kejayaan itu merupakan pencapaian tertinggi pernah dicapai oleh KPM dalam tempoh setahun.


"Urusan pengambilan ini akan berterusan bagi 2024 dan seterusnya bagi mengisi kekosongan di sekolah-sekolah di bawah KPM," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Rabu.


Pada penggulungan itu juga beliau memaklumkan kementerian pendidikan tidak bercadang untuk mengkaji semula dasar sekolah vernakular.


Beliau berkata, dasar pendidikan sedia ada diteruskan dan tumpuan akan diberikan kepada usaha untuk merapatkan jurang antara sekolah dalam negara bagi memastikan perpaduan nasional dapat dicapai melalui pendidikan.


"Dalam konteks ini, sekolah jenis apa pun kita tidak melihat ia sebagai satu halangan untuk menggalakkan perpaduan. Malah, ia sebagai ruang terbaik untuk kita bersama-sama memberikan ruang kefahaman dan pengukuhan agenda perpaduan dalam kalangan anak murid.


"Saya sangat percaya dan optimis bahawa ke hadapan ini, generasi yang kita lahirkan benar-benar boleh buat apresiasi kepada perpaduan dengan pendekatan-pendekatan yang kita ambil ketika ini," katanya dipetik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page