top of page

KPM laksana langkah sementara tangani kepadatan murid di SK Cyberjaya



Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil maklum isu kepadatan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya dan sedang melaksana beberapa pendekatan bagi menanganinya.


Melalui satu kenyataan, KPM memaklumkan antara langkah dilaksana adalah melalui penyuraian murid ke beberapa sekolah berdekatan


Pembinaan kabin 12 buah bilik darjah tambahan turut diluluskan sebagai penyelesaian jangka pendek.


"Sebagai penyelesaian jangka panjang, SK Cyberjaya (2) yang dibida dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) Rolling Plan 3 (RP3) telah mendapat kelulusan dan kini berada dalam proses perolehan.


"Sekolah baharu ini akan dilengkapi dengan 36 bilik darjah dan kemudahan lain mengikut konsep reka dan bina bagi mempercepat proses pembinaan.


"SK Cyberjaya (2) dijangka siap pembinaannya pada 2028," kata kementerian itu.


Terdahulu tular di media sosial mengenai murid Tahun 1 sekolah berkenaan yang mempunyai 13 kelas dan setiap kelas menempatkan 50 orang murid.


Sementara itu KPM turut menjelaskan, langkah jangka panjang termasuk pembinaan sekolah menengah baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cyberjaya (2) yang akan dimohon dalam RMK13 RP1 Tahun 2026, pada tahun ini.


Perolehan tanah bagi pembinaan SK Cyberjaya (3) pula akan dimohon dalam RMK13 RP2 Tahun 2027, pada 2025.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page