top of page

KPM komited tangani isu legasi pendidikan Sabah - Fadhlina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 25
  • 1 min read

Kementerian Pendidikan komited untuk terus memberi tumpuan untuk menangani isu-isu legasi berkaitan pendidikan termasuk di negeri Sabah.


Tekad itu dinyatakan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) susulan kunjungan Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib bersama Pembantu Menteri Jordan Jude Ellron ke kementerian pendidikan baru-baru ini.


"Alhamdulillah kerana hubungan saya dengan Datuk James Ratib cukup baik, maka perbincangan tentang masa depan pendidikan Sabah menjadi keutamaan dalam pertemuan kami.

"Isu-isu legasi yang menuntut kepimpinan yang tegas untuk penyelesaian telah dibincangkan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya di peringkat akar umbi," katanya menerusi satu perkongsian di Facebook.


Dalam pada itu, Fadhlina menegaskan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 yang diumumkan Selasa lalu akan memastikan Sabah tidak terpinggir daripada agenda utama pendidikan negara.


Beliau turut memaklumkan akan mengadakan lawatan ke Sabah bagi mesyuarat penyelarasan tindakan segera serta menyusun agenda pendidikan yang lebih menyeluruh untuk negeri itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page