top of page

KPM komited tambah baik akses pendidikan sekolah pedalaman



Kementerian Pendidikan Malaysia komited menambah baik akses pendidikan sekolah di luar bandar serta kawasan pedalaman Sarawak.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata perkara itu terbukti apabila Program Tindak Susul Parlimen (TSP) dengan tujuan khusus untuk melihat aspek akses pendidikan telah dijalankan di Sibu, Daro dan Mukah pada 6 dan 7 September lalu.


"TSP adalah program turun padang bagi meninjau serta menilai secara langsung isu dihadapi di peringkat sekolah dan seterusnya mencadangkan penyelesaian pada pihak berkaitan.


"Banyak perkara dibangkitkan dan dikongsikan oleh pihak sekolah," katanya dipetik.


Program TSP di Sarawak adalah siri ketiga tahun ini selepas Selangor pada April serta di Pulau Tioman, Pahang pada Ogos.


Selain SK Nanga Semah, program TSP disertai pengurusan tertinggi KPM serta wakil rakyat tempatan Sarawak kali ini turut mengadakan lawatan ke SK Kg Kut, Daro serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Oya, Sibu.


Program diteruskan ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) Daro, SK Kg Pangtray, SMK Matu, SK Kg Pergau di Daro dan SK Kampong Tellian di Mukah pada Sabtu.


Sementara itu, Fadhlina berkata, antara isu sering dibangkitkan di Sarawak adalah berkaitan infrastruktur serta guru.


Namun walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, warga pendidik serta murid di Sarawak jelasnya berjaya menunjukkan komitmen serta kehadiran yang sangat baik.


"Di Sarawak antara perkara sering dibangkitkan adalah isu kekurangan guru, kemudahan serta pembangunan. (Namun) apabila kita datang ke sini (Sarawak) kita dapati secara amnya kehadiran anak-anak kita (murid) di sekolah yang kami lawati mencapai 97 hingga 98 peratus dan mereka hanya tidak hadir apabila tidak sihat sahaja," tambah Fadhlina.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page