top of page

KPM gesa siasatan menyeluruh, keadilan untuk keluarga Iman Zhafran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 days ago
  • 1 min read

ree

Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan komitmen untuk memastikan keadilan ditegakkan bagi keluarga Allahyarham Iman Zhafran Muhammad Hafizuddin, murid yang meninggal dunia di sebuah sekolah di Senawang, Negeri Sembilan pada 1 Oktober lalu.


Dalam kenyataan pada Isnin, KPM memaklumkan pihaknya mengambil perhatian penuh terhadap kenyataan keluarga Allahyarham menerusi sidang media semalam.


"KPM meminta supaya semua elemen berkaitan kejadian ini disiasat secara menyeluruh. Ketika ini, kes masih dalam siasatan pihak polis. Tindakan tegas perlu diambil ke atas sesiapa sahaja yang didapati bersalah," kata kenyataan itu.


Allahyarham Iman Zhafran ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolah sebelum disahkan meninggal dunia. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan tekanan pada leher tanpa kecederaan lain pada tubuh.


Keluarga Allahyarham menggesa pihak pendakwaan membuka satu inkues bagi menentukan punca sebenar kematian.


Bapa mangsa, Muhammad Hafizuddin Abdullah mendedahkan kepada media bahawa anaknya pernah memberitahu kakaknya bahawa dia menerima ugutan sehari sebelum kejadian.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page