top of page

KPM dalam proses kembalikan sesi sekolah bermula Januari



Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengambil maklum dan memahami sentimen ibu bapa pelajar yang mahu sesi persekolahan dibuka pada Januari berbanding Mac ketika ini.


Ahli Parlimen Nibong Tebal itu memberi jaminan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengembalikan takwim sesi persekolahan bermula Januari seawal yang mungkin.


"Saya hendak tegaskan sekali lagi bahawa kita sedang menuju kepada Januari semula, itu jaminan KPM.


"Namun, kita memerlukan sedikit masa kerana perlu mematuhi Akta Pendidikan bahawa kanak-kanak mesti bersekolah sekurang-kurang 190 hari.


"Kita juga perlu memastikan beberapa episod peperiksaan, terutama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak mengganggu kitaran anak-anak ini serta faktor ekonomi lain," katanya semalam.


Sebagai rekod, takwim sesi persekolahan diubah daripada Januari kepada Mac sejak 2022, selepas kerajaan ketika itu mengumumkan sesi persekolahan 2021 dilanjutkan hingga Februari tahun berikutnya akibat pandemik Covid-19 melanda negara.

Sebahagian ibu bapa juga baru-baru ini mendesak supaya sesi persekolahan dimulakan pada awal bulan bagi memudahkan mereka mengurus perkara lain yang melibatkan pelajar.


Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina turut menyatakan KPM akan meningkatkan program advokasi bagi memberi kesedaran mengenai cadangan mewajibkan pendidikan ke peringkat sekolah menengah.


"Apa yang penting ialah memberi kefahaman kepada ibu bapa dan pelajar mengenai kepentingan pendidikan. Kita mahu mengatasi keciciran dalam kalangan pelajar, dan memastikan semua kanak-kanak mendapat akses ke sekolah," tegasnya


Selasa lalu, Dewan Negara diberitahu bahawa KPM sudah menyerahkan draf cadangan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mewajibkan pendidikan pada peringkat sekolah menengah berbanding dasar ketika ini yang hanya mewajibkan pelajar mendapat pendidikan setakat darjah enam sahaja.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page