top of page

KPM alu alukan saranan tambah baik Tingkatan Enam

Updated: Jun 27, 2023



Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil maklum saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Tingkatan Enam tidak terikat dengan peraturan sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut baik saranan Anwar selain pihaknya kini telah bergerak ke arah itu.


Tambahnya, perhatian sentiasa diberikan dalam konteks hala tuju Tingkatan Enam termasuk kekuatan subjek, fasiliti dan infrastruktur memandangkan mereka bukan dalam lingkungan sekolah lagi.


"Kita sekarang ada tiga mod Tingkatan Enam, pertama, Kolej Tingkatan Enam, mereka sahaja ditempatkan di situ; mod kedua, mereka (Tingkatan Enam) ada blok berasingan dan mod tiga, bersekali dengan aliran perdana (tingkatan lain) tetapi kita memberikan banyak fleksibiliti.


"Ketika ini, kita banyak di mod ketiga, jadi, kita ke arah memperkemaskan ke arah mod pertama, maknanya semua Tingkatan Enam jadi Kolej Tingkatan Enam," katanya dipetik.


Fadhlina sebelumnya ditemui pemberita selepas merasmikan Tapak Projek Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Regent Elmina di Bandar Elmina dekat Shah Alam pada Isnin.


Pada Sabtu lepas, Anwar menyarankan agar Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terikat dengan peraturan sekolah, sebaliknya diberi sedikit kelonggaran walaupun berada di kawasan persekolahan.


Selain itu, Anwar turut mencadangkan agar suasana Tingkatan Enam harus diubah kerana ia sebenarnya merupakan pascasekolah seperti Matrikulasi berikutan sesi persekolahan berakhir pada Tingkatan Lima.


Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina memaklumkan KPM akan terus memfokuskan penyelesaian isu kepadatan pelajar sekolah di Selangor.


"Pihak kami sedar bahawa Selangor adalah negeri yang paling padat selain mempunyai paling banyak sekolah, murid dan guru. Jadi, memang kita punya tumpuan untuk Selangor ini lebih sikit bagi memastikan sekolah cukup di negeri ini.


"Kepadatan dapat disuraikan dengan pembinaan sekolah yang dapat atasi isu kesesakan pelajar dalam sekolah," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page