KPM aktifkan bilik gerakan bencana, pantau rapat situasi banjir
- Suara Keadilan

- Sep 16
- 1 min read

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengikuti rapat perkembangan banjir yang melanda beberapa kawasan di Sabah dan negeri-negeri lain.
Menterinya, Fadhlina Sidek menerusi satu hantaran di Facebook berkata, kementeriannya telah mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana bagi memastikan pengurusan banjir dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
"Pagi ini (Sabtu), saya adakan perbincangan secara maya dengan barisan Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi mendapat maklumat terkini situasi dan langkah-langkah yang diambil bagi menanganinya," ujarnya.
Banjir di Sabah setakat ini memaksa lebih 400 mangsa daripada 113 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara dan sebuah pusat pemindahan kekal.
Sebanyak 14 kampung di Penampang serta lapan kampung di Beaufort dilaporkan terjejas akibat bencana itu.
Sementara itu Fadhlina dalam hantaranya mendoakan agar situasi banjir segera pulih.
Beliau turut menasihati warga pendidiknan untuk sentiasa meningkatkan kewaspadaan dan menitikberatkan aspek keselamatan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.









Comments