top of page

KPM adakan pertemuan dengan persatuan sekolah Cina bincang DLP



Oleh: Abdullah Zaid


Menteri Pendidikan (KPM) Fadhlina Sidek, mengadakan pertemuan dengan Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) Sekolah Cina Pulau Pinang dan Seberang Perai, baru-baru ini.


Menerusi perkongsian di Facebooknya, Fadhlina memaklumkan pertemuan itu antara lain bagi membincangkan kedudukan Dual Language Programme (DLP).


"Dalam pertemuan itu yang diketuai oleh En. Kho Hai Meng dan En. Lee Tiam Lim turut membincangkan serta menjelaskan kedudukan Dual Language Programme (DLP) di mana pihak sekolah dibenarkan membuka lebih daripada satu kelas DLP bagi murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 mulai sesi akademik 2024/2025 dengan kelulusan JPN.


"Namun wajiblah mematuhi Perkara 12.2.7 dalam garis panduan pelaksanaan DLP yang sedang berkuat kuasa, iaitu pembukaan kelas DLP tidak menjejaskan peluang murid lain untuk mengikuti mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda," katanya menerusi satu kenyataan.


Jelasnya, pihak sekolah juga hendaklah sentiasa merujuk dan melaporkan status pelaksanaan dan perubahan pengoperasian DLP di sekolah kepada pihak PPD dan JPN.

"Kelulusan pelaksanaan DLP tertakluk kepada keputusan KPM berdasarkan kes-kes setiap sekolah," ujarnya.


Dalam pada itu,Fadhlina turut memaklumkan bahawa, KPM sentiasa terbuka dalam menerima pandangan dan cadangan daripada rakyat.


"Kami akan sentiasa menyediakan ruang seperti ini untuk mendapatkan maklum balas yang signifikan daripada setiap pemegang taruh," katanya.


Untuk rekod, DLP merupakan program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) sebagai

program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).


Ia dilaksanakan di secara rintis mulai tahun 2016, melibatkan 300 buah sekolah kebangsaan dan menengah bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page