top of page

KPKT tubuh pasukan khas tangani projek 'sakit'



Sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mencari usaha menyelesaikan projek perumahan swasta yang dikategorikan sebagai “sakit” atau terbengkalai.


Menteri KPKT, Nga Kor Ming, berkata penubuhan pasukan petugas itu penting bagi melindungi hak dan kepentingan pembeli rumah.


Setakat ini jelasnya sebanyak 381 projek bermasalah dikesan pihak kementerian.

"Pembangunan perumahan merupakan salah satu sektor yang penting dalam menjana ekonomi negara di mana hampir 200 industri terlibat.


"KPKT berharap industri perumahan akan terus berkembang maju pada 2023," katanya dalam kenyataan.


Nga sementara itu berkata, bagi merealisasikan hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah sendiri, KPKT akan membina sejumlah 83,728 rumah di bawah Rancangan Malaysia Ke- 12 (RMK-12).


Di bawah RMK-12 itu jelasnya sebanyak 22,209 unit rumah telah siap dibina, 47,637 unit dalam pembinaan dan baki 13,882 unit akan disiapkan menjelang akhir tahun 2025.


"KPKT akan melancarkan lebih banyak rumah mampu milik berkualiti tinggi supaya rakyat dapat memiliki rumah selesa dan berkualiti tinggi dengan harga berpatutan," jelasnya.


Beliau sementara itu menambah, kerajaan turut menyokong inisiatif untuk membantu lebih ramai golongan muda memiliki rumah pertama melalui insentif pengecualian duti setem 100 peratus bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah.


Sementara bagi rumah berharga RM500,001 hingga ke RM1 juta katanya, akan menikmati pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus.


"Memandangkan situasi politik negara kita kembali stabil selepas Pilihan Raya Umum ke- 15, pelabur-pelabur asing kembali mempunyai keyakinan terhadap Kerajaan Perpaduan, saya optimistik terhadap pasaran industri perumahan negara pada tahun depan.


"Saya berharap pengusaha-pengusaha dapat meningkatkan pelaburan domestik dan kerajaan akan bekerjasama secara aktif dengan melancarkan dasar pro-perniagaan dan pro-rakyat," jelas Ahli Parlimen Teluk Intan itu.


Untuk rekod, penyelesaian projek sakit merupakan janji umum Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 lalu.


Pembongkaran projek sakit sering dilakukan oleh Timbalan Menteri KPKT sekarang Akmal Nasir terutama melibatkan projek rumah PRIMA.

0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page