top of page

KPKT akan pinda akta, tanggani projek terbengkalai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 18, 2023
  • 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperhalusi beberapa pindaan akta bagi mengelakan projek rumah terbengkalai.


Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) berkata, penambahbaik pindaan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] itu juga akan merangkumi pindaan definisi yang lebih terperinci.


"Kerajaan sedang memperkukuhkan definisi ‘terbengkalai’ dalam mengurus projek perumahan kerana tafsiran pada masa ini agak longgar.


"Selain itu, kerajaan juga menyenarai hitam nama pengarah bagi projek terbengkalai dan sakit. Selain pemaju yang ingkar membayar tribunal dan melaksanakan projek tanpa lesen juga turut disenarai hitam," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Akmal berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) mengenai pindaan terhadap Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] di Dewan Rakyat sesi pagi.


Mengulas lanjut, Akmal berkata, pindaan akta itu turut menambahbaik pra-perjanjian ‘contract option’ bagi memberi ruang kepada pemaju swasta dan pemilik meneliti risiko kewangan sekiranya tidak dapat diteruskan.


"Selain itu, kerajaan juga bercadang membuat pemantauan di bawah Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) di antara pemaju swasta dengan pihak bank.


"Ia bagi memastikan akaun tersebut dikawal selia dan lancar," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page