top of page

KPKM sedia audit pemain industri beras, benteras kegiatan kartel



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedia menjalankan audit ke atas semua pemain industri beras di negara ini dalam usaha membanteras isu kartel.


Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pada masa ini, terdapat seramai 39,000 'pemain' industri beras terdiri dari pemegang lesen borong beras, eksport, import, kilang padi, membeli padi, beras runcit dan kelulusan khas menjual benih padi bagi benih padi sah (BPS).


Tambah Mohamad Sabu, beliau akan turun padang bagi mengadakan lawatan mengejut bagi melihat sendiri isu yang dibangkitkan seperti yang dilakukan sebelum ini.


"Saya sendiri turun secara mengejut tanpa memaklumkan kepada mana-mana pihak berhubung kedudukan beras dan segala bentuk pemakanan di negara ini.


"Alhamdulillah sekarang, masalah ini beransur pulih kerana kami bertindak bersama semua pihak," katanya dipetik.


Mohammad Sabu sebelumnya ditemui pemberita selepas melawat Pusat Pembiakan dan Penternakan Lembu Wagyu di Ladang Kelfarm Sdn Bhd di Bachok, Kelantan pada Isnin.


Sementara itu beliau menegaskan, KPKM melalui agensinya iaitu Kawal Sedia Padi dan Beras Negara (KSPBN) akan terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang-undang.


Selain itu, pihaknya juga akan menjalankan siasatan dan bertindak bersama KPDN bagi menangani isu kartel.


"Kami lakukan siasatan bersama KPDN kerana mereka ini yang bertindak menjaga hal-hal berkaitan kartel.


"Sekarang terdapat kes yang berada di peringkat pendakwaan," tambahnya.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page