top of page

KPKM perkasa tanaman padi ‘ala Sekinchan’ di Parlimen Ledang



Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh menzahirkan rasa gembira susulan komitmen Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mewujudkan Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) di Sawah Ring, Gambir di parlimen berkenaan.


Menerusi perkongsian video di media sosial, Syed Ibrahim berkata kehadiran menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam rangka lawatan ke projek penanaman ‘Ala Sekinchan’ itu diyakini mampu meningkatkan sekuriti makanan negara.


"Terima kasih YB Menteri Mohamad Sabu atas kehadiran dalam rangka lawatan ke projek penanaman padi di Sawah Ring, Gambir.


"Komitmen dan keprihatinan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan terus kita dokong untuk masa depan pertanian dan pesawah di Ledang," katanya.


Dalam pada itu, Mohammed Sabu semalam berkata pihak kementerian memperuntukkan RM3.45 juta bagi projek penanaman padi Sawah Ring selain mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor mengenal pasti kawasan 50 hektar bagi program SMART SBB Ala Sekinchan.


Jelasnya, inisiatif baharu itu mampu meningkatkan hasil pengeluaran padi daripada tujuh tan metrik per hektar kepada 10 tan metrik per hektar.


Berdasarkan rekod, Johor kini memiliki 10 sawah padi seluas 2,254 hektar merangkumi di Tangkak (842.97 hektar), Muar (364.22 hektar), Mersing (549.38 hektar), Batu Pahat (141.70 hektar) dan Kluang (356.12 hektar) membabitkan 859 pesawah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page