top of page

KPKM fokus perkasa industri akukultur - Mohamad Sabu



Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kementeriannya akan fokus kepada memperkasa industri akuakultur.


Bercakap pada lawatan ke ARC Berkat Agrafood Sdn Bhd di Bestari Jaya pada Ahad beliau berkata, KPKM mensasarkan pengeluaran sebanyak 500,000 tan metrik tahun ini membabitkan 60 peratus sumber akuakultur dan 40 peratus perikanan tangkapan.


"Pemerkasaan sektor akuakultur adalah bagi mengurangkan tekanan kepada permintaan sumber perairan semula jadi.


"Kita semakin menghampiri kepada SSR (kadar sara diri) melalui tangkapan ikan air tawar dan hasil laut yang bertambah.


"Pada masa sama, kita harus teruskan kempen makan ikan air tawar bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber tangkapan laut, " katanya dalam lawatan yang turut disertai Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain itu.


Mohamad turut memaklumkan, sebanyak lima hala tuju kementerian bagi 2023 akan diteruskan pada tahun ini dengan Jabatan Perikanan Malaysia bertanggungjawab terhadap hala tuju pemerkasaan industri akuakultur.


Untuk rekod pengeluaran akuakultur Selangor mencatat 90,800 tan metrik dengan nilai RM1. 25 bilion dalam tempoh tiga tahun antara 2020 hingga 2023

Hulu Selangor menjadi daerah tertinggi bagi pengeluaran ikan keli iaitu 10,170 tan metrik dengan nilai hampir RM58 juta manakala Hulu Langat mencatat pengeluaran ikan tilapia tertinggi sebanyak 2,914 tan metrik dengan nilai lebih RM40 juta.


Bagi pengeluaran benih ikan keli di Selangor pula, daerah Gombak merekodkan pengeluaran tertinggi iaitu sebanyak 89,280,600 tan metrik dengan nilai lebih RM8.3 juta.

Sementara itu Adnan memaklumkan, 10 kawasan pengeluaran akuakultur telah dipilih dan akan dipantau bagi menjayakan sasaran pengeluaran 500,000 tan metrik.


"Kawasan ini juga akan diberi perkhidmatan dari segi khidmat teknikal, pinjaman sangkar juga bantuan berbentuk in-kind.


"Permintaan dan pengeluaran ikan akuakultur di Malaysia dijangka akan meningkat sekali gus dapat membantu pendapatan penternak serta pengusaha produk berasaskan ikan akuakultur," katanya sambil menyarankan golongan muda untuk menceburi bidang itu yang berpotensi menjana pendapatan dan ekonomi di samping menjamin kelangsungan keterjaminan makanan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page