top of page

KPDN periksa 2,239 premis pantau kesan kenaikan Cukai Perkhidmatan



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memeriksa 2,239 premis perniagaan dan mengeluarkan 66 notis dalam Op Kesan 2024 bermula 1 Mac lepas, bagi memantau kesan kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada enam kepada lapan peratus.


Timbalan Menteri KPDN, Senator Fuziah Salleh berkata, kesemua peniaga yang menerima notis itu perlu memberikan maklum balas dalam tempoh empat hari kepada kementerian bagi memastikan tidak berlaku kenaikan yang tidak munasabah.


"Selepas tempoh empat hari, kalau kita tengok betul-betul ada kenaikan yang tidak munasabah, kita akan minta (tambahan) lagi empat hari untuk mendapatkan maklumat lebih lajut kerana kementerian ada punca kuasa untuk kira setiap kos dan nilai itu,” katanya pada sesi soal jawab pada sidang Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang ingin tahu perkembangan Op Kesan dan usaha yang dapat mengurangkan kebimbangan rakyat kesan kenaikan kadar cukai perkhidmatan.


Terdahulu kepada soalan asal Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai jumlah peniaga yang dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) pada 2023, Fuziah berkata 5,904 kes direkodkan dengan nilai kompaun dan denda melebihi RM1.46 juta.


Bagi soalan tambahan Jalaluddin sama ada hotel, restoran, bazar Ramadan dan festival makanan turut dipantau di bawah AKHAP, beliau berkata kesemua jenis perniagaan itu turut dikawal dan sebarang aduan berkenaan aktiviti pencatutan boleh dilaporkan bagi tindakan lanjut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page