top of page

KPDN pastikan bekalan asas mencukupi menjelang Aidilfitri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 28, 2024
  • 1 min read

ree

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Armizan Mohd Ali memberi jaminan akan memastikan bekalan barangan asas di pasaran mencukupi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.


Bercakap dalam satu sidang media selepas melancarkan pusat panggilan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Kuala Lumpur pada Rabu beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta kementerian lain.


"Sebab itu kita kerjasama dengan kementerian terlibat termasuk industri untuk memastikan bekalan mencukupi.


"Ini supaya peniaga mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) dan tidak dapat mempengaruhi dari aspek kestabilan harga," katanya dipetik.


Sementara itu, Armizan mengesa rakyat menggunakan hak mereka untuk memilih barangan pada harga dan kualiti terbaik.


Ini kerana jelasnya pelbagai elemen diambil kira dalam menentukan harga barangan memandangkan bukan hanya kawalan daripada kerajaan tetapi juga jumlah bekalan.


"Kita juga berharap rakyat sebagai pengguna juga memainkan peranan dengan menggunakan hak yang ada iaitu hak untuk memilih," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page