top of page

KPDN kuatkuasa harga maksimum Aidilfitri selama 15 hari



Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan Aidilfitri 2024 akan berkuat kuasa 5 hingga 19 April ini.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali, berkata tempoh pelaksanaan SHMMP selama 15 hari itu membabitkan 22 jenis barangan yang akan berada di bawah skim berkenaan.

"22 jenis barangan diwartakan bagi pelaksanaan skim ini dan ia adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga.


"Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama," katanya dipetik.


Armizan memaklumkan perkara itu pada sidang media di sebuah pasar raya di Nilai, Negeri Sembilan pada Selasa.


Sementara itu beliau menjelaskan pihaknya akan berkerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi memastikan harga barangan terkawal serta bekalan mencukupi.


Manakala pegawai penguat kuasa KPDN akan melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi strategik seperti di pasar malam, pasar tani dan pusat beli-belah barangan keperluan perayaan di seluruh negara.


"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011). Ia termasuk tindakan bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga bagi barangan terkawal," katanya.


Susulan pelaksanaan skim tersebut, orang ramai jelasnya boleh melakukan semakan harga melalui laman web KPDN di https://www.kpdn.gov.my.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page