top of page

KPDN kerah petugas, pantau harga sepanjang pelaksanaan SHMMP



Oleh: Azuan Ab Rahman


Penguatkuasaan dan pemantauan harga sepanjang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri akan ditingkatkan.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh berkata, seramai 2,200 pegawai penguatkuasa dan kira-kira 1,000 pegawai pemantau harga (PPH) ditugaskan untuk memastikan peniaga mematuhi harga sepanjang skim itu dilaksanakan.


"Tujuan utama pemantauan dilakukan adalah bagi memastikan semua pihak terutama peniaga dapat mematuhi harga barangan yang diwartakan dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini. Peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.


"Sebanyak 22 jenis barangan yang diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Aidilfitri antaranya daging lembu tempatan, daging kerbau import, tomato, cili merah, kubis bulat import, kacang panjang, timun, sawi hijau dan halia tua," katanya dalam kenyataan.


Fuziah sebelumnya mengadakan lawatan sempena pelaksanaan SHMMP Aidilfitri 2024 di sebuah pasar raya di Kuantan.


Tempoh pelaksanaan yang bermula semalam adalah selama 15 hari iaitu lima hari sebelum perayaan, satu hari ketika perayaan dan sembilan selepas perayaan.


SHMPP dilaksanakan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulu Akta Kawalan Harga 1946).

Skim ini dilaksanakan di seluruh Malaysia dan harga yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kawasan dan daerah.


Sementara itu Fuziah memberi jaminan tidak akan berlaku kekurangan bekalan keperluan termasuk barangan yang disenaraikan mengikut SHMMP sepanjang Aidilfitri.


Bekalan telur ayam dan daging termasuk daging lembu jelasnya mencukupi dalam pasaran.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page