top of page

KPDN benar pemborong tambah stok 30% pada musim tengkujuh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 minutes ago
  • 1 min read

Dr Fuziah dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025 ‘Lokal Lagi Gempak' di Mydin Subang Jaya, bersamanya (kanan) Datuk Dr Ameer Ali Mydin
Dr Fuziah dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025 ‘Lokal Lagi Gempak' di Mydin Subang Jaya, bersamanya (kanan) Datuk Dr Ameer Ali Mydin

Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membenarkan pemborong menambah sehingga 30 peratus stok barangan kawalan sempena musim tengkujuh.


Timbalan Menterinya, Senator Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan bekalan tidak terputus ketika musim tengkujuh dan banjir.


"Untuk musim tengkujuh, KPDN telah mengeluarkan kebenaran kepada pemborong-pemborong untuk menambahkan had bekalan barang kawalan antaranya beras, gula dan minyak.


"Seramai 2,102 pemborong, peruncit dan pengilang yang telah diberikan had tambahan sebanyak 30 peratus.


"Kalau mereka boleh simpan katakan 1,000 paket gula (sebelum ini), kita (kerajaan) tambah lagi 30% (sebagai persediaan) jika berlaku banjir atau jalan tersekatm, maka bekalan itu ada," katanya ketika ditemui pemberita di Mydin Subang Jaya hari ini.


Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025 ‘Lokal Lagi Gempak' yang turut dihadiri Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin.


Menurut Fuziah yang juga Setiausaha Agung KEADILAN, inisiatif itu telah dilaksanakan sejak awal bulan ini dan akan berkuat kuasa sepanjang musim tengkujuh, sebelum kadar tambahan 30 peratus tersebut ditarik semula sebaik musim berakhir.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page