top of page

KPDN anjur karnival barangan tempatan di tiga negeri tahun hadapan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Dec 15, 2023
1 min read


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kos Sara Hidup (KPDN) menjangkakan penganjuran Mini Karnival Barangan Malaysia akan diperluaskan ke tiga negeri mulai tahun hadapan.


Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata penganjuran itu melibatkan Perak, Melaka dan Perlis dengan kerjasama kerajaan negeri masing-masing.


"KPDN akan bersama Kerajaan Negeri Perak, Melaka dan Perlis dengan menganjurkan Mini Karnival Barangan Malaysia bersempena Tahun Melawat Perak, Melaka dan Perlis 2024.


"InshaAllah, kita akan ikhtiarkan penganjuran pelbagai siri Karnival dan Mini Karnival Barangan Malaysia ini untuk memberikan sumbangan lebih signifikan dalam menggerakkan agenda ekonomi negara," katanya ketika merasmikan Karnival Barangan Malaysia, di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, Putrajaya, semalam.


Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan KPDN Fuziah Salleh serta Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Aiman Athirah.


Mengulas lanjut, Armizan berkata KPDN pada ketika ini menetapkan tiga teras utama sebagai gerakan mempromosi barangan Malaysia.


"Kempen membeli barangan tempatan ini juga dilaksanakan oleh lebih banyak negara.

"Antaranya, Amerika Syarikat dengan “Buy American”; UK dengan “Made in Britain”, Jepun dengan “Chisan-Chisho Movement”. Demikian juga kempen “Vietnamese people use vietnamese goods"," ujarnya.


Justeru, bagi memastikan barangan tempatan negara terus diperkasa, KPDN sedang merangka strategi yang lebih ampuh agar produk keluaran tempatan dapat menembusi pasaran global.


"Saya yakin kita mempunyai keupayaan bersandarkan kepada inovasi dan kreativiti serta kepelbagaian tradisi budaya tempatan itu agar pasaran tempatan dapat dipacu.


"Oleh itu, kita perlu membina kekuatan untuk meneroka pasaran antarabangsa secara lebih meluas," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page