top of page

KPDN akan laksana subsidi diesel bersasar suku kedua tahun ini



Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjangkakan pelaksanaan subsidi diesel bersasar dapat dilaksana pada suku kedua tahun ini.


Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerajaan telah mula melaksana projek rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bermula semalam bagi mendapatkan maklum balas dan analisis yang tepat dalam memperkemas mekanisme penyasaran semula subsidi diesel.


"Setakat ini tarikh pelaksanaannya belum diputuskan. (Namun) kita menyasarkan pada suku kedua tahun 2024 dan kita mengharapkan dapat lengkapkan tarikh projek rintis ini sehingga 31 Mac ini.


"Dengan adanya dapatan tersebut, kita boleh bincang dengan Kementerian Kewangan dan memaklumkan kepada Kabinet," katanya dipetik.


Armizan berkata begitu ketika ditemui pemberita ketika meninjau Pelaksanaan Fleet Card Sektor Barangan SKDS 2.0 di Stesen Minyak EXQ (Petronas) Jalan Terminal KLIA Sepang pada Khamis.


Penggunaan Fleet Card ini adalah antara usaha kerajaan untuk beralih daripada Sistem Analog Skid Tank kepada Fleet Card dalam memastikan subsidi secara bersasar dapat dilaksana secara bersepadu selain dapat memastikan kes ketirisan dan penyeludupan pada tahap yang paling minimum.


Melalui projek rintis itu, enam syarikat pengangkutan barangan telah menerima Fleet Card melalui pilihan syarikat minyak masing-masing dan boleh digunakan di 3,792 stesen minyak terlibat dalam projek rintis SKDS 2.0 bergantung kepada laluan kenderaan syarikat masing-masing di seluruh semenanjung Malaysia.


"Usaha rintis ini dijangka dapat memberi maklum balas dan analisis yang tepat kepada kementerian dalam memperkemas mekanisme bagi penyasaran semula subsidi diesel.


"Langkah awal ini juga dapat menguji keberkesanan Sistem MySubsidi Diesel dan juga sistem Fleet Card syarikat-syarikat minyak sebelum dilaksanakan kepada keseluruhan industri," jelas Armizan.


Sementara itu menurut Armizan, kementeriannya juga berhasrat untuk mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya sistem SKDS 2.0 itu diperluaskan kepada syarikat-syarikat lain, selepas melihat kepada hasil projek rintis itu dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page