top of page

Kos tambahan RM100 juta PRU waktu banjir elok baiki parit, sungai - KEADILAN



Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang seakan akan hampir pasti dilaksanakan dalam musim tengkujuh tahun ini akibat tekanan berterusan Presiden Umno Zahid Hamidi dan Menteri menteri daripada parti itu dijangka akan merugikan rakyat.


Hal ini menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Malausia, Lee Chean Chung telah disahkan dalam kenyataan terbaharu bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyatakan kos mengadakan pilihan raya semasa banjir akan meningkat sekurang kurangnya 10%.


"Memanggil PRU sewaktu banjir amat tidak masuk akal. SPR telah memaklumkan PRU asalnya akan membelanjakan sekitar RM1,000 juta. Anggaran ini adalah berdasarkan kepada keadaan tidak berlaku banjir. Kos tersebut pastinya lebih tinggi sekiranya PRU diadakan semasa banjir.


"Bekas Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar turut mengakui kos menguruskan PRU ketika hujan atau banjir akan meningkat sekitar 10% untuk seluruh negara jika ada pusat-pusat mengundi yang terpaksa ditutup. Ini bersamaan dengan peningkatan kos pilihan raya sebanyak RM100 juta.


"Harus diingat bahawa kerugian banjir baru-baru ini telah mencecah RM6,500 juta (RM6.5 bilion). Rakyat tidak terlalu bodoh sehingga sanggup menanggung kos lebihan PRU15 sehingga RM100 juta tersebut.


"Bukankah lebih baik dana tersebut digunakan untuk menaiktaraf parit, membersihkan sungai serta memperbaiki longkang," katanya dalam kenyataan hari ini.


PRU dalam banjir juga, tegas ADUN Semambu itu akan menyebabkan berlaku kelemahan dalam arahan kepada pasukan keselamatan serta agensi kerajaan lainnya berikutan kerajaan yang ada ketika itu hanyalah caretaker dan bukannya kerajaan berkuasa penuh.


Oleh itu, kata beliau, kenyataan Presiden Umno Zahid Hamidi yang sanggup meredah banjir untuk mengadakan pilihan raya adalah satu pandangan yang songsang dan dikesali.


"Rakyat biasa amat faham penyelamatan nyawa dan harta adalah jauh lebih penting daripada kempen dan pilihan raya.


"Pembubaran parlimen sewaktu banjir melanda akan mengakibatkan situasi “negara tanpa kerajaan” ataupun “kerajaan tanpa kepala” yang pasti menyulitkan penyampaian arahan dan kerja-kerja bantuan serta penyelamatan," katanya.


Selain itu, menurut Chean Chung, alasan untuk mengadakan PRU adalah untuk mendapatkan kerajaan yang stabil, namun sekiranya proses mengadakan PRU pun lintang pukang adakah pilihan raya berkenaan akan diterima di atas segala kelemahannya


"PRU sepatutnya dipanggil untuk memilih mereka yang menang daripada yang kalah, dan sekaligus menstabilkan haja tuju negara buat 5 tahun yang akan datang. Pembubaran parlimen sempena musim tengkujuh umpama menangguk di air keruh, dan menjadikan keadaan lebih tidak stabil.


"Pilihan raya semasa banjir mungkin dapat “menyelamatkan” seorang dua politikus yang puas mencari jalan keluar daripada kes mahkamah mereka, tetapi jelas merugikan jutaan rakyat biasa," sinis Chean Chung.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page