top of page

Kos PPV mega terlalu tinggi, siapa dapat kontrak sewaan, perbekalan?


Kos suntikan vaksin Covid 19 melambung tinggi bukan akibat nilai vaksin tersebut tetapi penyediaan kompleks Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega yang melibatkan pelbagai kos.


Sehubungan itu, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan (PICK) Datuk Seri Khairy Jamaluddin menerangkan jumlah terperinci kos penyediaan PPV berkenaan.


"Dibangkitkan soal PPV di PWTC. Saya dengar Kulim Bandar Baharu sebut RM30 per kepala. Ini tidak termasuk sewa PWTC, kontrak kepada siapa? Mengapa kos begitu tinggi?


"Kulim Bandar Baharu sebut ada lagi kontrak kepada yang lain. Ini kalau kita bandingkan vaksin kos doktor swasta (pemberian di klinik), kosnya pasti jauh lebih rendah tetapi ini ada keengganan (pihak kerajaan) sehinggalah akhir-akhir ini," katanya dalam sesi ucapan pihak pembangkang selepas penerangan oleh Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI).


Mengenai pihak yang mendapat kontrak penyediaan PPV pula, Anwar turut mendesak pertanyaan dikemukakan kepada menteri untuk mendedahkan pihak manakah yang memperolehi laba perniagaan menyediakan kemudahan PPV terbabit.


"Jadi saya minta penjelasan dari Kulim Bandar Baharu, kalau boleh tanya menteri, memperincikan beberapa PPV besar. Berapa sewa, mengapa kos per kepala begitu tinggi dan siapa yang peroleh (kontrak) supaya kita dapat tahu wang ini tidak diselewengkan dengan apa cara pun," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page