top of page

Kos kuarantin: Jangan bebankan jemaah umrah - Anwar



Peraturan mensyaratkan jemaah umrah untuk menjalani kuarantin di hotel amat membebankan bagi yang tidak memiliki keupayaan kewangan.


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan perlu memberi jalan penyelesaian kepada nasib jemaah umrah yang tidak mempunyai kewangan mencukupi untuk membayar kos kuarantin di hotel.


"Saya maklum akan isu yang tular baru-baru ini berkaitan jemaah yang pulang dari mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.


"Mereka dilaporkan diminta untuk menjalani proses kuarantin di hotel-hotel yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Kuarantin di rumah tidak dibenarkan sama sekali.


"Ini tentunya melibatkan kos kuarantin yang tinggi dan membebankan kepada mereka.


"Kerajaan atau kementerian bertanggungjawab mesti cepat dan tuntas dalam menangani isu ini dari terus melarat," katanya.


Kuarantin ke atas jemaah umrah menimbulkan polemik dalam kalangan rakyat kerana beberapa kes didapati jemaah yang positif menyebarkan virus Covid 19 kepada ahli keluarga.


Namun untuk menjalani kuarantin di hotel kos yang terlibat pula amat tinggi.




0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page