top of page

Koperasi MCIS iktiraf jasa tokoh majukan ekonomi ahli

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Sep 30, 2023
1 min read

Updated: Oct 1, 2023



Koperasi MCIS yang terlibat dalam perniagaan perkhidmatan insurans dan banyak memberi peluang memajukan diri kepada komuniti India malam tadi menganjurkan makan malam sempena 70 tahun penubuhannya.


Menurut Pengerusi Koperasi MCIS, Dr Gunaraj George (gambar, kanan), terdapat 3 agenda pada acara makan malam kali ini.


"Kita ada 3 agenda. Pertama untuk meraikan tokoh pengasas koperasi iaitu Datuk N.A.K Kularaja. Hari ini adalah 100 tahun hari jadi mendiang. Tokoh ini disegani ramai dan beliau telah banyak menubuhkan pelbagai koperasi.


"Hari ini koperasi MCIS megah berdiri kerana berjaya dalam perniagaan, terutama bidang insurans dan kami adalah antara rakan kongsi dalam MCIS.


"Kedua malam ini kita beri anugerah cemerlang kepada anak anak anggota MCIS yang telah mendapat keputusan cemerlang SPM, STPM, Matrikulasi dan sebagainya. Sebanyak 45 orang menerima anugerah," katanya ketika ditemui pemberita malam tadi.


Manakala agenda ketiga, kata beliau, untuk mengingati mantan ahli lembaga pengarah koperasi. Keluarga mereka telah dijemput menerima cenderahati bagi memperingati jasa tokoh tokoh yang telah meninggal dunia.


Dalam pada itu, Dr Gunaraj yang juga Ahli Dewan Negeri Sentosa turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota koperasi dan individu yang telah banyak menyumbang selama 70 tahun dalam membangunkan koperasi MCIS berkenaan.


Dalam majlis berkenaan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Senator Saraswathy Kandasami (gambar, kiri) diundang untuk merasmikan acara makan malam sempena 70 tahun penubuhan Koperasi MCIS.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page