top of page

Konvoi Jelajah Peduli Nadi Rakyat selesai misi sumbangan ke wilayah Utara



Misi sumbangan barangan keperluan dan ayam segar Jelajah Peduli Nadi Rakyat ke wilayah Utara anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) berjaya disempurnakan.


Menurut kenyataan AIC, konvoi yang bertanggungjawab mengagihkan bantuan dari Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kepada penduduk yang terkesan pandemik Covid-19 di lima kawasan Pulau Pinang dan Kedah, berakhir petang semalam.



"Perjalanan kami bermula di Islamic Primary School Ad-Diniah Sungai Bakap di bawah Parlimen Nibong Tebal yang mana kami tiba seawal jam 9.00 pagi.


"Konvoi seterusnya bergerak ke Bangunan Yayasan Aman, Penanti dan mengagihkan sumbangan yang diterima Zainal Abidin Saad atau lebih dikenali sebagai Abang Non, wakil Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Permatang Pauh.


"Tim Sukarelawan #NadiRakyat kemudian memasuki negeri Kedah membawa bantuan untuk rakyat disambut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Kedah.



"Usai di Parlimen Sungai Petani, pengagihan bantuan diteruskan ke Parlimen Merbok. Konvoi AIC bersama Tim Sukarelawan #NadiRakyat membawa barangan keperluan asas disambut Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip untuk diagihkan kepada golongan rakyat yang memerlukan," kata AIC.


Jelajah Peduli Nadi Rakyat edisi kali ini berakhir dengan penyampaian sumbangan di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuala Kedah Dr Azman Ismail.


AIC mengharapkan usaha seperti itu akan diteruskan dan dibawa ke seluruh negara seperti mana yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Anwar dan MB Selangor dalam majlis Pelancaran Jelajah Peduli Nadi Rakyat yang berlangsung Jumaat lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page