top of page

Konvensyen Suara Anak Muda, 7 golongan bicara permasalahan



Permasalahan anak muda tidak lagi akan dibiarkan berlegar di peringkat bawahan untuk terbenam dan tidak dibela.


Untuk menonjolkan keresahan mereka, Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Atyrah Hanim akan menganjurkan Konvensyen Suara Anak Muda pada Sabtu ini di PJ Live Arts, Petaling Jaya.


Menurut beliau, biar pun AMK telah menjadi sebahagaian parti membentuk kerajaan namun anak muda tidak perlu menjadi tukang angguk dan mereka perlu proaktif menyuarakan masalah untuk difahami oleh pembuat dasar atau anggota kerajaan.


"Sebab kita kerajaan, kita kena ada satu inisiatif yang membina dan memberi nilai tambah kepada Kerajaan Madani pada hari ini


"Oleh itu, kita namakan inisiatif ini Suara Anak Muda manifestasi reformasi dalam Kerajaan Madani.


"Inisiatif kita berfokus dan mempunyai kerangka kerja tersendiri. Iaitu isu yang ingin kita bawa kepada Kerajaan Madani setelah kita dengar suara anak muda," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya petang tadi.


Menurut Pengarah Suara Anak Muda itu, tiga resolusi akan dibicarakan dalam konvensyen tersebut iaitu, Pertama pengukuhan kebaikan awam termasuklah kesihatan awam dan pengangkutan awam.


Kedua, negara kendiri dengan menyambut usaha dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dengan inisiatif pengeluaran makanan sendiri dan sebagainya


Ketiga, kata beliau, konvensyen akan membincangkan perihal gaji bermaruah untuk anak muda.


"Jadi dalam kerangka kerja inilah 7 kumpulan anak muda yang akan kita temui, kita dengar suara mereka dan mereka sendiri yang menghasilkan resolusi atau tuntutan


"Selalunya ruang dasar awam ini menjadi syok sendiri, tetapi konvensyen ini anak muda akan menjadi jurubicara akar umbi," katanya.


Tujuh kumpulan terlibat, kata Atyra, terdiri daripada Orang Asli, petani muda, pekerja ekonomi gig, doktor kontrak dan juga kesihatan awam, atlet dan sukan, urbanis, dan mahasiswa termasuk Undi 18. Dalam Undi 18 dan mahasiswa katanya, akan dimasukkan juga resolusi OKU


"Resolusi ini kita akan berikan dan kita akan adakan lebih banyak sesi libat urus antara kumpulan ini dengan kementerian berkaitan.


"Kita ingin berikan sumbang saran kepada Kerajaan Perpaduan dalam merangka naratif ekonomi Madani bagi memastikan kepentingan dan kesejahteraan golongan belia, terutama belia marginal terbela," kata Atyra lagi.


Justeru itu, beliau menjemput NGO dan NGI serta pimpinan parti dan kerajaan untuk menghadiri program tersebut.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page