Konvensyen pilihan raya KEADILAN akan tetapkan strategi terbaik - Saifuddin



KEADILAN akan menganjurkan konvensyen sehari pada 27 Ogos ini bagi menentukan strategi yang sesuai untuk masuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, konvensyen akan memastikan pendekatan terbaik dipilih bagi memastikan kemenangan.


"Kita akan menjalankan konvensyen pilihan raya pusat pada 27 Ogos nanti.


"Di mana kita akan bentangkan keseluruhan strategi, pendekatan, fokus. Termasuklah dari hal digital kempen, strategi mengukuhkan Pakatan Harapan. Kesemua itu kita persetujukan akan dibentangkan melalui perlaksanaan konvensyen pilihan raya di Shah Alam," katanya petang semalam.


Menurut beliau lagi, mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang diadakan di Subang itu fokus dalam menyelesaikan pelantikan jawatan jawatan penting parti untuk memperkukuh organisasi sebagai perkara utama.


Selepas semua tempat diisi, katanya, barulah parti mudah untuk menggerakkan jentera.


"Perkara kedua, tumpuan persiapan parti menghadapi pilihan raya. Termasuklah soal strategi, rundingan kerusi, mobilisasi, strategi dan soal persiapan manifesto.


"Maklum balas telah diterima MPP, input persiapan pilihan raya. Mesyuarat kali ini sangat fokus dan produktif.


"Presiden juga menekankan peri pentingnya usaha mengukuhkan organisasi dijalankan secara berterusan dan tidak bermusim. Termasuklah penekanan diberikan kepada kedua sayap pemuda dan wanita.


"Secara keseluruhannya saya menganggap bahawa berlangsungnya mesyuarat MPP dalam suasana kondusif dan solidariti yang kuat.


"KEADILAN berada pada tahap siap siaga," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER