top of page

Konvensyen Perak: Pembuka jalan mengukuhkan Kerajaan Perpaduan



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN: Esok, Ahad 28 Januari 2024 akan berlangsung Konvensyen Kerajaan Perpaduan peringkat negeri Perak sepanjang sehari suntuk di Ipoh, Perak.


Ini merupakan konvensyen peringkat negeri yang pertama diadakan sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan lebih setahun yang lalu.


Selepas di Perak, konvensyen akan menjelajah ke semua negeri mengikut jadual yang telah disusun.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka turut sama hadir dan menyampaikan ucapan masing-masing pada sebelah petang esok.


Mengukuh perpaduan, memberi kefahaman


Konvensyen ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan lagi perpaduan serta kefahaman akar umbi di kalangan semua parti yang bergabung mengenai kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.


Sebab itu ia dirancang untuk diadakan di semua negeri agar matlamat akhir untuk memberi kefahaman dan memupuk perpaduan di kalangan ahli-ahli parti yang bergabung dalam kerajaan perpaduan benar-benar dapat dicapai daripada Perlis hingga ke Johor, termasuk juga Sabah serta Sarawak.


Penganjuran konvensyen yang bermula di Perak ini secara langsung turut memperlihatkan pimpinan kerajaan yang berada dalam Kerajaan Perpaduan amat serius dan beriltizam tinggi untuk memastikan kerjasama antara semua parti kekal berpanjangan selama yang mampu dipertahankan.


Kerajaan perpaduan menuju penggal seterusnya


Ertinya, Kerajaan Perpaduan ini bukan untuk menjadi kerajaan selama sepenggal saja, tetapi berpenggal-penggal.


Di sebalik sokongan di kalangan Ahli-Ahli Parlimen terhadap Kerajaan Perpaduan kian mengukuh dengan enam Ahli Parlimen daripada blok pembangkang turut memberi sokongan terbuka kepada Anwar selaku Perdana Menteri, ia dalam masa yang sama tidak menyebabkan mereka mudah berasa selesa.


Usaha mengukuhkan kedudukan kerajaan melalui sokongan akar umbi ahli-ahli parti, seterusnya diikuti dengan harapan beroleh sokongan rakyat terbanyak, sentiasa berjalan seiringan.


Maknanya, melalui konvensyen ke semua negeri kerajaan tidak mahu sesiapa pun tertinggal daripada bersama-sama memahami dan menikmati apa yang diusahakan kerajaan untuk mereka.


Di waktu yang sama, melalui usaha gigih ini bererti sebarang cubaan blok pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan semakin menuju ke arah kesia-siaan.

_______________________________________________________________________________

Penulis juga merupakan Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page