Konvensyen Penerangan buka tirai, perkukuh sebaran maklumat


Oleh: Abdullah Zaid
Tumpuan hari ini terarah ke Hotel Saujana, Subang yang menghimpunkan wakil-wakil Penerangan cabang dan negeri bagi memperkukuhkan kekuatan jentera KEADILAN.
Seawal 9.30 pagi, Konvesyen Penerangan yang diadakan buat julung kalinya telah membuka tirainya menerusi ucapan perasmian oleh Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat (MPP), Siti Aishah Shaik Ismail yang juga Pengarah Aduan dan Kemasyarakatan KEADILAN Malaysia.
Ia disusuli dengan perbahasan oleh wakil-wakil Ketua Penerangan Negeri pada 10.30 pagi hingga 1.30 petang bagi memfokuskan kepada pandangan dan cadangan untuk tujuan memperkukuh gerak kerja parti.
Sementara itu, agenda konvensyen akan diteruskan lagi pada 1.30 dengan ucapan khas Naib Presiden Datuk Seri Amirudin Shari
Kemuncak konvensyen itu akan berakhir pada 5.40 petang dengan amanat Ketua Penerangan Fahmi Fadzil sebelum berakhir dengan sesi fotografi.




Comments