top of page

Konvensyen parti-parti Kerajaan Perpaduan akan diadakan




Semua parti dalam Kerajaan Perpaduan akan berhimpun dalam satu konvensyen yang akan diadakan tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam Ahad, Anwar menjelaskan konvensyen itu bagi memastikan gerak langkah dan hala tuju yang seiring dalam memimpin negara.


Konvensyen juga bertujuan untuk menentukan pemikiran dan dasar yang sama dalam parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.


"Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan mengadakan rundingan bersama ketua-ketua parti bagi menetapkan masa sesuai untuk kita melaksanakan konvensyen ini nanti,” katanya.


Dalam sidang media itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) mengucapkan tahniah kepada Ahmad Zahid dan seluruh kepimpinan UMNO susulan kejayaan dilakar pada pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026 yang telah selesai diadakan pada Sabtu.


Keputusan pemilihan itu jelasnya membawa mesej kemenangan satu pasukan yang meyakinkan sekali gus berupaya memperkukuh kedudukan Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya ketika ini.


"Kita ambil maklum perkembangan terkini. Setinggi tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan yang menunjukkan satu kemenangan pasukan yang meyakinkan dan dengan ini, ia akan memperkukuh Kerajaan Perpaduan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page