Konvensyen Khas 25 Tahun Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang dijadualkan berlangsung pada 28 April, diawalkan kepada Ahad ini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan parti itu, Fahmi Fadzil.
Sebelum ini Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengumumkan pertukaran tarikh dan lokasi dari Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor kepada Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN (MPP) yang berlangsung Mac lalu menetapkan konvensyen khas itu yang akan membincangkan hala tuju parti selain akan membahaskan isu-isu nasional.
Turut diputuskan adalah penganjuran Malam Sambutan 25 Tahun KEADILAN akan diadakan pada 11 Mei 2024 di Sentul Depot, Kuala Lumpur.
Malam Sambutan 25 Tahun itu dijadual berlangsung sepanjang hari dengan acara kemuncaknya penyampaian Amanat Presiden KEADILAN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Comments