top of page

Konvensyen Kerajaan Perpaduan beri isyarat kestabilan politik



Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Ahmad Fahmi Fadzil menyifatkan Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang diadakan hari ini memberi isyarat jelas bahawa kestabilan kerajaan akan menjadi asas kepada pembangunan negara serta kemakmuran rakyat.


Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Digital menegaskan, jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada semua Ahli Parlimen dari Kerajaan Perpaduan untuk turut serta dalam konvensyen berkenaan jelas memberi isyarat bahawa telah wujud kestabilan dalam politik negara dan kerajaan pimpinannya.

"Perkara itu bagi saya adalah simbol dan isyarat yang paling penting dan jelas daripada konvensyen ini," katanya.

Konvensyen yang julung kalinya diadakan itu bakal menghimpunkan 10,000 perwakilan daripada kesemua parti politik dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.


Diadakan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, Ia akan menjadi medan terbaik bagi menoktahkan sebarang usaha mengganggu-gugat kestabilan politik negara, sekali gus membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada rakyat.


Konvensyen itu bermula jam 10 pagi dengan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan, masing-masing di Dewan Merdeka dan Dewan Tun Hussein Onn.


Ia disusuli Bicara Rakyat yang terbahagi kepada tiga sesi, iaitu Memperkasa Ekonomi Rakyat, Membina Negara Bangsa dan Malaysia MADANI.


Bertemakan 'MADANI Mewajahi Masa Depan Malaysia', acara kemuncak konvensyen ialah amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan serta menyaksikan persetujuan deklarasi Kerajaan Perpaduan pada kira-kira jam 3.30 petang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page