top of page

Konvensyen Generasi Keadilan, 8 Mei jana semula kekuatan reformis



Buat julung kalinya pertubuhan Generasi Keadilan mengadakan konvensyen dengan tema 'Muafakat Generasi, Penerus Reformasi'


Menurut pengasas pertubuhan Generasi Keadilan, Yusmadi Yusoff (gambar atas, kanan), konvensyen bermula jam 9 pagi, 8 Mei ini akan dihadiri Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan memberi ucaptama dan melancarkan Konvensyen.


Konvensyen itu juga katanya adalah waktu yang tepat untuk menyatukan seluruh fraksi gerakan reformasi terutama dalam menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum ke 15 yang bakal tiba.


"Masa untuk menyatukan semua generasi dan fraksi-fraksi gerakkan reformasi. Muafakat antara generasi dan fraksi penentu penerusan agenda reformasi.


"Kekuatan institusi adalah pra syarat kepada kejayaan agenda mana-mana institusi.


"Menjadi keutamaan Generasi Keadilan untuk berusaha membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku pemimpin utama gerakkan reformasi untuk mempunyai pasukan yang jitu sebelum PRU15 yang boleh berlaku pada bila-bila masa daripada sekarang," katanya ketika dihubungi.




Selain itu, pada sebelah malam Generasi Keadilan akan melancarkan '2 Dekad Reben Putih' pada majlis Makan Malam Aidil Fitri '2 Dekad Reben Putih' di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya.


Yusmadi berharap majlis itu akan menjana kekuatan baharu bagi perjuangan reformasi.


"Adalah menjadi harapan saya, perlancaran '2 Dekad Reben Putih' akan memberi kekuatan baru dan titik persamaan di kalangan aktivis-aktivis reformasi yang berparti dan tidak berparti untuk sekali lagi bersama-sama berganding bahu meneruskan agenda reformasi sebagai satu generasi, 'Generasi Keadilan'," katanya lagi.


Program Generasi Keadilan ini akan mengenang 2 dekad perjuangan jerih perih derita rakyat dalam menegakkan demokrasi dan menjana semula kekuatan untuk menepuh masa hadapan politik yang lebih mencabar.


Generasi Keadilan merupakan sebuah pertubuhan yang berusaha menjaga kebajikan anggota reformis dan pejuang pejuang KEADILAN, serta bergiat aktif dalam memberi bantuan kebajikan kepada anggota masyarakat memerlukan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page