top of page

Lantikan menteri: Kabinet perpaduan untuk jamin kestabilan kerajaan



Kabinet Kerajaan Perpaduan dibentuk sedemikian rupa untuk menjamin kestabilan politik dengan menunaikan hak semua parti.


Menurut Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan, Fahmi Fadzil, biar pun berlaku kontroversi dengan pelantikan beberapa Ahli Parlimen ke jawatan Menteri semalam, namun rakyat harus faham peraturan yang perlu diikuti dalam Kerajaan Perpaduan.


Katanya, Kerajaan Perpaduan membenarkan setiap parti memberi calon dan peranan Perdana Menteri ialah meletakkan calon di kementerian yang dirasakan sesuai.


"Ini adalah Kerajaan Perpaduan, bukan kerajaan PH (lepasi majoriti 112 kerusi). Berbeza kalau kerajaan PH kita ada majoriti dan boleh tentukan semua


"Kerajaan Perpaduan dibentuk atas nasihat Yang di-Pertuan Agong sebab lepas PRU 15 tidak ada mana mana parti yang memiliki majoriti cukup.


"Dalam keadaan parlimen tergantung penyelesaiannya kita kena berkompromi," kata Fahmi kepada Suara Keadilan.


Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu juga berharap penyokong PH faham keadaan yang berlaku dan tidak mengimpikan sesuatu yang terlalu sempurna dalam pelantikan kabinet kali ini.


"Sebab ini bukan kerajaan PH maka ada syarat dan keadaan politik semasa yang kita kena akur dan faham. Dia bukan keadaan ideal sebab kita tak menang 112 kerusi berbeza dengan 2018.


"Pengajaran juga dari 2018, kita tidak boleh ada politik parti dalam parti. PM kena melantik melalui (cadangan) parti parti secara rasmi. Bagi saya itu adalah satu keadaan politik yang lebih stabil," ujarnya lagi.


Sejak semalam, isu pelantikan Menteri kabinet menjadi pertikaian dalam kalangan netizen.


Malah banyak hujah yang menunjukkan rakyat Malaysia kurang faham kaedah kerajaan majoriti mudah yang mana PM berkuasa mutlak melantik menteri, kerajaan campuran yang terpaksa berkompromi dan kerajaan perpaduan atas titah Agong yang mana parti komponen mempunyai lebih banyak kuasa untuk memuktamadkan calon menteri.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page