top of page

Konsesi monopoli BERNAS 10 tahun terlalu lama - PH



Pengumuman Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) minggu lalu bahawa BERNAS akan mendapat lanjutan konsesi monopoli selama 10 tahun dari Januari 2021 hingga Januari 2031 disifatkan terlalu lama dan mendiskriminasi petani.


Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) membantah pengumuman itu termasuk 5 obligasi sosial tambahan susulan perjanjian baharu.


Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Ahli-ahli Parlimen PH, keputusan melanjutkan monopoli tersebut bercanggah dengan tuntutan sejak sekian lama dari para petani, pertubuhan peladang, ahli-ahli akademik dan NGO-NGO dari industri padi dan beras.


Kata mereka, golongan terbabit menuntut perubahan dasar kerajaan yang lebih berani dalam sektor industri padi dan beras.


"Pada pendapat kami, tempoh konsesi 10 tahun terlalu panjang. Ia akan menyebabkan peluang perubahan terlepas. Industri akan berada pada takuk yang lama untuk 10 tahun akan datang.


"Kami tidak menafikan sumbangan BERNAS dalam aspek menjamin kestabilan bekalan dan harga beras semasa pandemik. Kerajaan sebenarnya boleh melanjutkan status monopoli 2 hingga 3 tahun sehingga masalah pandemik selesai.


"Oleh itu, kami menyeru kerajaan mengkaji semula keputusan pemberian tempoh lanjutan monopoli yang begitu panjang ini," kata mereka dalam satu kenyataan.


Menurut mereka lagi, industri padi dan beras negara tidak berubah sejak puluhan tahun lalu. Petani menerima subsidi besar (RM1.7 bilion setiap tahun), tetapi majoriti besar petani dalam kategori B40. Juga semakin banyak kilang padi tutup.


Misalnya, bilangan pengilang padi pada tahun 1981 adalah 1597 tetapi hanya tinggal 157 pada tahun 2015.


"Rantaian sektor padi dan beras juga kurang penglibatan orang muda, inovasi dan tiada industri hiliran yang maju. Orang muda tidak berminat menceburi sektor ini. Ia seolah-olah sektor untuk orang miskin dan warga emas.


"Salah satu sebab sektor padi dan beras kurang berdaya maju adalah disebabkan monopoli dan dominasi BERNAS dalam value chain industri padi dan beras.


"BERNAS mempunyai kuasa monopoli import beras. Ia menyebabkan syarikat lain, seperti pengilang, wholesaler dan industri hiliran tidak dapat bersaing dengan syarikat dominasi dan monopoli. Akhirnya, ramai pemain industri terpaksa tutup termasuk banyak pengilang dan pemain industri bumiputra," kata mereka lagi.


Mereka turut memetik kajian yang bertajuk "Effectiveness of State Trading Enterprises in Achieving Food Security: Case Studies from Bernas in Malaysia and Bulog in Indonesia" yang ditulis oleh Professor Fatimah Mohamed Arshad (November 2019) dan membuat kesimpulan bahawa: "having a state monopolistic and monopsonistic (in Malaysia) organisation give way to unintended market distorting outcomes. These outcomes include an uncompetitive market and limited innovation, little opportunity of upward mobility for low-income producers, and limited access to high quality and affordable nutrition for consumers. These distortions are not only detrimental to the long-term growth and contribution of the industry, but also to the development of the economy as a whole."


Sehubungan itu, menurut Ahli Parlimen PH, kerajaan Perikatan Nasional seharusnya lebih berani mereformasikan sektor padi dan beras untuk maju ke depan.


Perubahan dalam sektor boleh dimulakan dengan pembukaan monopoli BERNAS secara berperingkat. Persaingan adalah penting untuk memajukan semua sektor dan industri seperti persaingan dalam sektor telekomunikasi yang memberi banyak pilihan kompetitif kepada pengguna.


"Semasa zaman kerajaan PH, kami telah memulakan proses pembukaan monopoli import beras secara berperingkat pada skala yang kecil untuk memanfaatkan sektor padi dan beras. Halatuju telah ditetapkan dalam manifesto PH. Perubahan kerajaan telah menggagalkan rancangan kami.


"Malangnya, kerajaan Perikatan Nasional membuat keputusan mengikut dasar zaman terdahulu. Maka, sektor padi dan beras terpaksa menunggu 10 tahun lagi sebelum apa-apa perubahan boleh dilaksanakan," kata mereka.


Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Kuala Kedah Dr Azman Ismail, Ahli Parlimen Alor Setar Chan Ming Kai dan Ahli Parlimen Kangar Amin Ahmad.


0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page