top of page

Konsesi ERL dilanjutkan 30 tahun, tiada rancangan naik harga tambang



Oleh: Helmi Mohd Foad


Kerajaan bersetuju melanjutkan perjanjian konsesi Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bagi perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit bermula dari tahun 2029 hingga 2059.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata keputusan yang lebih awal itu membolehkan pihak operator untuk membuat pelaburan semula bagi meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.


"Kalau tidak ada kepastian sama ada sambung atau tidak sudah tentu mereka tidak akan melabur... jadi kita memberikan mereka kepastian jauh lebih awal.


"Kita beri komitmen tandatangani konsesi itu supaya mereka boleh rancang melabur dalam aset seperti penyelenggaraan, tren, infrastruktur, kemudahan stesen dan sebagainya. Sudah tentu kita pantau operator kena pasti mereka kena tingkatkan (mutu)perkhidmatan," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Tambahan Antaran Kerajaan Malaysia dan Express Rail Link Sdn Bhd. di Kuala Lumpur hari ini.


Anthony berkata hasil lanjutan konsesi selama 30 tahun itu, kerajaan tidak perlu lagi membayar bayaran caj atau fi dari sumber pendapatan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) kepada pihak ERL.


Buat masa ini, katanya ERL menerima bayaran daripada kutipan PSC berjumlah RM1 bagi setiap penumpang penerbangan domestik dan RM5 bagi setiap penumpang penerbangan antarabangsa yang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Tambah beliau, melalui pelanjutan konsesi itu juga kerajaan tidak lagi terikat kepada perjanjian untuk membayar pampasan sekiranya ERL mahu menaikkan tambang setiap lima tahun sekali.


"Mulai tahun 2029 peruntukan ini tidak ada lagi bayar apa-apa pampasan sama ada (harga tambang) naik atau tidak, ia akan ditetapkan oleh operator mengikut pasaran, ini kurangkan beban kerajaan," katanya.


Bagaimanapun, kata Anthony buat masa ini pihak ERL tidak mempunyai perancangan untuk menaikkan tambang.


Katanya, melalui konsesi yang panjang itu, kerajaan turut menyerahkan kepada pihak operator untuk menyediakan model struktur tambang sendiri.

Ujarnya syarikat operator boleh menggunakan pendekatan baharu seperti pas bulanan dengan menawarkan kadar tambang lebih menarik kepada penumpang terutamanya mereka yang terlibat dalam ekosistem penerbangan seperti pekerja di KLIA dan kru penerbangan yang menggunakan ERL setiap hari.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page