top of page

Konsep pemerintahan sepenuh penggal perlu jamin kestabilan politik



Konsep pemerintahan sepenuh penggal atau fix term parliment amat diperlukan di negara ini yang politiknya agak rapuh sejak 2018 lalu.


Menurut Jurucakap Kerajaan Madani, Fahmi Fadzil, konsep seumpama itu telah pun dipraktikan di banyak negara namun di Malaysia hal itu masih di peringkat cadangan untuk dibincangkan.


"Perkara ini ada dibincang dalam Jemaah Menteri. Memang sebelum ini ada perbincangan yang lebih khusus mengenai keperluan dan kesesuaian seperti di negara lain, konsep fix term parliment.


"Perkara ini masih awal. Kita masih dalam perbincangan. Belum ada, mungkin perkara khusus untuk dibawa ke parlimen sekarang. Tetapi mungkin untuk menjamin dari segi kestabilan bagi sesebuah kerajaan untuk mengelak daripada beberapa perkara berulang seperti yang pernah berlaku.


"Itu memberi kesan negatif yang pernah kita lalui. Empat PM dalam 4 tahun. Saya rasa itu cukuplah. Kita perlukan yang lebih firm," katanya menjawab soalan wartawan mengenai cadangan diwujudkan akta bersesuaian untuk sesebuah kerajaan memegang kuasa sehingga habis penggal.


Dalam pada itu, Fahmi berkata konsep fix term parliment telah dilaksanakan di United Kingdom (UK), yang mana sering dijadikan contoh ikutan oleh negara negara Komanwel seperti Malaysia.


Hal itu, katanya adalah pelengkap kepada Akta Anti Lompat Parti.


"Kalau kita lihat beberapa negara lain, undang undang Anti Lompat Parti disekalikan atau ada juga undang undang yang menetapkan tempoh bagi sesebuah parlimen.


"Kita lihat contoh di UK ada fix parliment punya akta, di AS sebagai contoh tempoh seorang presiden berhidmat 4 tahun, kecuali dia berundur atau menamatkan jawatan lebih awal.


"Jadi ada kestabilan, ada kesinabungan. Saya lihat ini antara perkara sedang dibincangkan tetapi belum ada keputusan," katanya dalam sidang media usai majlis perasmian pembukaan sayap baharu pusat mata OasisEye Specialists di Nexus Bangsar South.


Menjawab soalan berkenaan lantikan politik yang dilakukan oleh Kerajaan Madani seolah olah bertentangan dengan manifesto pilihanraya mengutamakan individu berkelayakan untuk dilatik, Fahmi berkata, terdapat perbezaan di antara lantikan ke Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).


Menurut beliau, hanya GLC kerajaan menolak diteruskan lantikan politik tanpa mengambil kira merit.


"Ada perbezaan di antara badan berkanun dan GLC.


"Apa yang kita kritikal adalah mengenai lantikan politik ke GLC. Jadi Badan Berkanun berlainan, kerana mereka ditadbir dengan akta tersendiri, itu bukan masalah. Ada perbezaan antara Badan Berkanun dan GLC.


"Pelantikan itu (yang berlaku) tidak menjadi masalah kerana bukan GLC," katanya.

Bagaimanapun Fahmi berkata tiada masalah untuk kabinet membincangkan hal itu sekiranya perlu dilakukan proses yang lebih telus.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page