top of page

Konsep Malaysia MADANI akan diterima sedikit masa lagi - Roland

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 12
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Nilai-nilai yang ditekankan di bawah konsep Malaysia MADANI dijangka memerlukan sedikit masa lagi untuk benar-benar sebati dalam amalan serta budaya rakyat di negara ini.


Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar) berkata, semua lapisan masyarakat khususnya golongan kanak-kanak sedang dididik dan diasuh untuk saling menerima dan menghormati antara satu sama lain sebagai anggota keluarga besar rakyat Malaysia.


"Sebagai anggota keluarga besar Malaysia, sudah tentu sikap saling mengasihi dan menjaga sesama anggota keluarga Malaysia ditekankan sebagai asas yang kukuh menuju kesejahteraan bersama dalam negara tercinta kita.


"Sementara pesalah-pesalah jenayah seperti kes buli patut diambil tindakan sewajarnya dan setiap lapisan masyarakat harus segera menyemai nilai-nilai kecintaan dan menghormati sesama insan dan masyarakat dengan bersaing secara sihat dalam konteks keluarga Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam kenyataan sama, Roland menyifatkan pelaksanaan undang-undang merupakan satu elemen penting.


Namun ujarnya, konsep dan semangat persaudaraan rakyat perlu disemarakkan agar rakyat Malaysia saling menerima dan menghormati antara satu sama lain sebagai saudara dalam keluarga besar Malaysia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page