top of page

Kongsi untung Top Glove: Kenapa waktu memerintah Pas tak buat?



Gesaan Ahli Parlimen Kubang Kerian dari Perikatan Nasional (PN) supaya pengeluar sarung tangan, Top Glove berkongsi keuntungan dengan penoreh getah bagi membantu meringankan beban dipersoal.


Biro Penerangan dan Komunikasi KEADILAN Kemaman berkata gesaan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man itu tidak lebih sekadar mencari populariti kononnya mereka cakna terhadap isu rakyat.


Hal itu kerana inisiatif berkongsi keuntungan tidak pernah disuarakan pemimpin Pas ketika mereka berada dalam kerajaan.


"Pada kemuncak pandemik Covid 19, syarikat Top Glove mencatatkan keuntungan besar.


"Persoalannya kenapa cadangan ini tidak dibangkitkan ketika itu sedangkan Pas adalah sebahagian daripada kerajaan, di mana Menteri Perladangan dan Komoditi ketika itu adalah daripada Pas?" soal KEADILAN Kemaman dalam satu kenyataan.


Semalam dalam perbahasan parlimen, Tuan Ibrahim melontar cadangan supaya Top Glove mencontohi tindakan Padibernas Nasional Berhad (Bernas) yang berkongsi keuntungan dengan pesawah.


Tuan Ibrahim berkata Top Glove telah mengaut keuntungan sebagai pembekal sarung tangan ke seluruh dunia susulan penularan Covid-19 sebelum ini.


Sementara itu, KEADILAN Kemaman juga berasa hairan apabila Tuan Ibrahim mahu inisiatif perkongsian yang diusahakan Perdana Menteri itu dicontohi sedangkan ia sebelum ini ditentang oleh penyokong-penyokong Pas.


"Sebelum ini,banyak tohmahan dan persepsi buruk telah dilemparkan oleh penyokong Pas terhadap inisiatif ini.


"Ironinya ahli parlimen Pas mengusulkan supaya Top Glove mengambil langkah yang sama seperti Bernas," tambah kenyataan itu lagi.


Sehubungan itu KEADILAN Kemaman menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan permainan politik Pas yang sebenarnya tiada tekad politik untuk membela rakyat.


Gesaan itu, jelas kenyataan itu hanyalah cubaan Pas membina persepsi bahawa mereka mampu mentadbir terutama ketika pilihanraya di beberapa negeri akan diadakan tidak lama lagi.


"Sedangkan ketika Pas berada di dalam kerajaan tidak nampak sebarang impak yang positif terhadap rakyat.


"Ucapan-ucapan pimpinan mereka hanyalah retorik kosong yang menunggang isu agama dan bangsa untuk mempengaruhi rakyat supaya memberi sokongan terhadap mereka," tegas kenyataan itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page