Kongsi Rezeki Free Market KEADILAN Cheras pupuk semangat perpaduan


Program Kongsi Rezeki Free Market Komuniti PPR Pudu Ulu anjuran Wanita Cabang Cheras bersama Pertubuhan National Board of Beauty (NBOB) dan Persatuan Kebajikan Komuniti PPR Pudu Ulu berlangsung meriah baru baru ini di Dataran Blok B, PPR Ulu Pudu, Cheras, Kuala Lumpur.
Bermula jam 10 pagi hingga 1.30 tengah hari, program ini memberi peluang penduduk membawa pulang barangan keperluan secara percuma selain mengeratkan ukhuwah sesama komuniti dengan semangat kebersamaan.
Majlis dirasmikan Ketua Cabang KEADILAN Cheras, Mohamad Raimi Ab Rahim, dengan kehadiran Timbalan Ketua Wanita Pusat, Juwairiya Zulkifli, Ketua Wanita Cabang Lembah Pantai merangkap Ketua Wanita Negeri Wilayah Persekutuan, Puan Jamilah, serta Ketua Cabang Wangsa Maju, Saudara Andre Lai.

Objektif program ini bukan sahaja untuk meringankan beban warga bandar, tetapi juga memupuk budaya memberi dan berkongsi di samping memperkukuh perpaduan masyarakat.
Selain barangan percuma, program turut menyediakan tapak niaga kepada usahawan komuniti untuk memasarkan produk mereka.
Pertandingan pakaian beragam melibatkan 20 kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun turut menambah keceriaan acara dan memberi inspirasi kepada peserta cilik.
Ketua Wanita Cabang Cheras, Yap Kuay Hua berkata program tersebut mampu mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum pada bulam kemerdekaan ini.
"Program bukan sahaja memberi bantuan dalam bentuk barangan, tetapi ia adalah simbol perpaduan dan sokongan kita terhadap mereka yang memerlukan.
"Kehadiran komuniti yang pelbagai bangsa dan umur hari ini membuktikan bahawa kebersamaan adalah asas dalam memperkukuh masyarakat kita.
"Kami di Wanita Cabang Cheras berharap program ini akan menjadi platform untuk lebih banyak kerjasama dan penglibatan masyarakat dalam usaha meningkatkan kualiti hidup bersama," katanya.
Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat memberikan gambaran indah semangat kebersamaan Malaysia MADANI – Rakyat Disantuni.
Wanita Cabang Cheras turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk sukarelawan dan peniaga yang menyumbang barangan berkualiti.
Mereka berharap inisiatif seperti itu dapat diteruskan dengan lebih ramai pihak terlibat pada masa hadapan demi membina komuniti penyayang, prihatin dan berdaya maju.




https://cruksfreegokken.com is where I sometimes read about how community initiatives get organized behind the scenes, and the detail about giving small traders a free space to sell their products stood out to me more than the free goods themselves. The part about twenty kids in traditional costumes competing also felt like the kind of thing that actually sticks with families long after the event ends. I've noticed that programs mixing practical help with small cultural moments tend to build stronger neighbourhood ties than donation drives alone.