top of page

Kongres Nasional KEADILAN terpaksa ditangguhkan atas arahan MKN


KEADILAN terpaksa menangguhkan Kongres Nasional tahunannya atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Menurut Pengarah Kongres KEADILAN, Nik Nazmi Aik Ahmad, parti telah menerima sepucuk surat daripada MKN serta pemakluman secara lisan daripada Pendaftar Pertubuhan, semalam mengarahkan penangguhan kongres berkenaan.


"KEADILAN telah menerima surat daripada MKN pada jam 6:21 petang, 4 Jun 2021 dan makluman secara lisan daripada pihak Pendaftar Pertubuhan pada hari yang sama mengarahkan Kongres Nasional parti yang dijadualkan pada 6 Jun 2021 ditangguhkan.


"Arahan terbaru MKN ini bertentangan dengan surat mereka bertarikh 27 Mei 2021, yang menyatakan bahawa MKN tiada halangan terhadap penganjuran Kongres Nasional KEADILAN secara dalam talian sepenuhnya.


"KEADILAN merakam bantahan keras tetapi terpaksa akur dengan arahan ini dan Majlis Pimpinan Pusat telah membuat keputusan untuk menangguhkan Kongres Nasional parti ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan.


Ketua Setiausaha Pengelola itu juga memaklumkan satu perutusan khas dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan esok bagi menggantikan kongres tahunan yang dijadualkan.


"Butiran keputusan ini (penangguhan kongres) akan diumumkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Amanat Khas esok menerusi Facebook parti pada 11 pagi, 6 Jun 2021.


"Beliau akan turut menyentuh isu ekonomi dan Covid-19 serta perkembangan politik terkini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page