top of page

Kongres maya KEADILAN dihalang bimbang rakyat tuntut sidang maya Parlimen?


Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menangguhkan Kongres Nasional KEADILAN menimbulkan ketidakpuasan hati banyak pihak.


Kongres yang telah diberi kebenaran penganjurannya sebelum itu sewajarnya hanya boleh dihentikan dengan alasan bernas.


Tiada Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid 19 yang dilanggar kerana penganjuran dilaksanakan melalui aplikasi zoom dan perwakilan bercakap dari rumah masing-masing.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulai, Faezuddin Puad, mungkin terdapat sebab lain yang mendorong kongres tersebut diarah tangguh.


Dakwanya, jika Kongres Wanita, AMK dan Kongres Nasional berjaya serta berjalan lancar maka hal itu pasti akan menimbulkan tuntutan awam untuk menganjurkan sidang Parlimen secara maya.


"Mungkin Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bimbang sekiranya rakyat melihat Kongres Nasional yang diadakan secara maya ini berjaya, bermakna PN tiada lagi alasan untuk tidak mengadakan sidang Parlimen secara maya


"Rakyat akan persoal mengapa KEADILAN boleh bersidang tapi kerajaan PN masih mengelak?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Menurut Faezuddin, dengan menghalang Kongres KEADILAN, sebenarnya rakyat akan lebih tertanya-tanya apakah yang mereka boleh dilakukan sepanjang perintah darurat dan lockdown jika mesyuarat secara maya pun tidak dibenarkan?


"Kerajaan jenis apakah ini? Mesyuarat dalam zoom pun mereka gentar? Mungkin PN tahu kerajaan yang ada sekarang ini cuma nyawa-nyawa ikan, dan perlu dipertahankan hingga ke titisan peluh terakhir," sinisnya lagi.


Kongres Nasional KEADILAN yang merupakan kemuncak kepada himpunan maya selama tiga hari yang dijadualkan sepanjang hari ini terpaksa ditangguhkan di atas arahan MKN pada petang Jumaat lalu dan arahan lisan dari Pendaftar Pertubuhan.


Bagaimanapun, tiada alasan atau pelanggaran mana-mana undang-undang diberikan susulan perintah penangguhan tersebut.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page