top of page

Kon Yeow kongsi visi Pulau Pinang untuk 5 tahun lagi



Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Harapan (PH) menetapkan enam keutamaan bagi memperkasa pembangunan negeri itu dalam tempoh lima tahun akan datang.


Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata antaranya adalah peluang pekerjaan, jaringan pengangkutan, menambah baik aliran trafik, inisiatif dalam mengatasi isu perubahan iklim, krisis bekalan air dan pembangunan komuniti termasuk belia, wanita serta warga emas.


"Sekiranya diberi mandat dan peluang untuk memerintah Pulau Pinang dalam tempoh lima tahun akan datang, Kerajaan Negeri akan memberi keutamaan kepada menjana ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan elektrikal dan elektronik (E&E), Integrated Circuit (IC) Design, teknologi perubatan, Digital District dan ekonomi baru.


"Kedua, pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang mana projek keutamaan adalah projek Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas dan juga merealisasikan projek ‘Silicon Island’, Penang South Island (PSI). Ketiga, menambah baik aliran trafik serta penyelesaian mobiliti pengangkutan awam dan menuntut peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan lebuh raya bertingkat atau Juru – Sungai Dua Expressway.


"Selanjutnya adalah pendekatan mengatasi isu perubahan iklim dengan projek-projek tebatan banjir, bandar rendah karbon dan kemudahan kenderaan elektrik (EV). Kelima melaksanakan Pelan Kontigensi Air 2030 bagi memastikan krisis air tidak berulang di Pulau Pinang dan terakhir adalah memperkasakan rakyat dan memberi tumpuan kepada pembangunan komuniti, belia, wanita serta warga emas," jelasnya.


Kon Yeow berkata begita pada Majlis Anugerah Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Tahun 2023 di George Town pada Jumaat.


Pada ucapannya juga Kon Yeow turut merakamkan penghargaan kepada segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh barisan penjawat awam negeri ini.


Jelasnya, setiap pencapaian di Pulau Pinang adalah hasil perancangan dan pelaksanaan dasar-dasar oleh penjawat awam yang tidak jemu mencurah bakti.

"Saya percaya dengan komitmen serta semangat tinggi yang ditunjukkan oleh penjawat awam, cabaran hebat menguruskan negeri tercinta ini dapat dilaksanakan dengan baik dan dasar-dasar yang dirangka dapat dilaksanakan dengan berkesan," kata ADUN Padang Kota itu.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page