top of page

Komuniti Telipot Hulu Selangor jayakan program korban Aidiladha tahun ketiga

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 15 hours ago
  • 1 min read
Shaiful Annuar (berbaju merah), Ramle (baju biru gelap) menyampaikan daging korban kepada penduduk
Shaiful Annuar (berbaju merah), Ramle (baju biru gelap) menyampaikan daging korban kepada penduduk

Komuniti Telipot sekali lagi membuktikan semangat kebersamaan apabila berjaya menganjurkan program ibadah korban sempena Aidiladha bagi tahun ketiga berturut-turut di parlimen Hulu Selangor dengan sambutan menggalakkan.


Program yang berlangsung pada 27 Mei lalu di Bukit Sentosa 2 itu melibatkan seramai 14 peserta dengan dua ekor lembu dikorbankan, bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.


Menurut satu kenyataan, program tersebut diketuai Ramle Mey, yang mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak termasuk Persatuan Gerak Ekonomi dan Kebajikan (GEEKOBA) serta Persatuan Penjaja PPPKM Bukit Beruntung.

Sukarelawan melapah daging korban
Sukarelawan melapah daging korban

"Program korban ini mencerminkan semangat kebersamaan masyarakat setempat yang terus utuh, selain menjadi platform untuk menyantuni golongan memerlukan," kata kenyataan berkenaan.


Turut hadir memeriahkan program ialah Ahli Majlis Hulu Selangor, Fuad Ahmad Naravi, bersama Mohamad Faridul Suhaimi dan Johari Halus yang menyaksikan sendiri perjalanan ibadah korban tersebut.


Selain itu, Pengerusi Penjaja PPPKM Cawangan Bukit Beruntung, ShaifulAnuar Sulaiman dan Pengerusi GEEKOBA, Mazli Wan Othman bersama ahli jawatankuasa lain turut memeriahkan suasana.


Pada penghujung program, lebih 200 bungkus daging korban berjaya diagihkan kepada golongan asnaf di sekitar Telipot serta kesemua peserta korban.


Penyampaian daging korban disempurnakan oleh Ramle selaku Timbalan Pengerusi NGO GEEKOBA, dan Ahli ahli Majlis yang hadir.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page