top of page

Komuniti Madani sebarkan maklumat tepat ke akar umbi

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 10, 2023
  • 1 min read


Kerajaan Perpaduan telah menubuhkan Komuniti Madani di bawah Jabatan Penerangan Malaysia untuk menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.


Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Fami Fadzil, Komuniti Madani tersebut terdiri daripada pelbagai kaum berperanan penting melawan maklumat palsu yang kerap disebarkan serta mengelirukan rakyat kebelakangan ini.


"Dalam usaha menyatupadukan rakyat, satu badan sukarelawan iaitu Komuniti Madani telah diwujudkan terdiri dari pelbagai kaum yang ditadbir urus oleh Jabatan Penerangan Malaysia


"Komuniti Madani merupakan platform yang tepat untuk menyalurkan info terkini dan sahih mengenai dasar dan inisiatif Kerajaan Perpaduan kepada rakyat secara berterusan.


"Selain itu Komuniti Madani juga menjadi platform untuk menjelas dan menangkis sebarang isu serta berita palsu yang tular," katanya dalam Program Kita MADANI Peringkat Negeri Selangor di Hulu Langat, semalam.


Tambah Fahmi, Komuniti Madani adalah pertahanan penting Kerajaan dalam memastikan maklumat tidak benar diperiksa dan kemudian maklumat tepat disebarkan ke bawah.


"Bila kita terima maklumat yang diragukan kesahihannya, Komuniti Madani akan memainkan peranan penting untuk memastikan isu dipanjangkan kepada pihak atasan supaya penjelasan yang tuntas dapat disampaikan kepada rakyat.


"Penting Komuniti Madani membantu Jabatan Penerangan untuk memastikan maklumat yang disampaikan itu adalah maklumat yang betul," katanya lagi.


Fahmi juga dalam ceramah tersebut menjelaskan status info terbaharu kononnya Kerajaan telah menetapkan pengeluaran KWSP bagi pencarum berumur 55 tahun hanya boleh dibuat secara bulanan dan tidak sekali gus.


Katanya, Komuniti Madani harus menyebarkan dalam kalangan masyarakat bahawa info berkenaan palsu dan cadangan tersebut masih pada peringkat kajian serta tidak akan menjejaskan sama sekali pencarum yang telah pun sedia mencarum pada ketika ini.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page