top of page

Komuniti Madani pupuk perpaduan, keharmonian masyarakat setempat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 3, 2023
  • 2 min read




Komuniti Madani yang diadakan majlis prapelancaran di Pulau Pinang hari ini diharap akan meningkatkan kerjasama dan memupuk perasaan muhibah dalam kalangan masyarakat setempat.


Menurut Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil, biar pun Komuniti Madani di bawah Jabatan Penerangan (JaPen) tersebut adalah penjenamaan semula namum iltizamnya kali ini lebih menyeluruh dan padu bagi merealisasikan hasrat Perdana Menteri untuk melahirkan Malaysia Madani dan bertamadun.


"Difahamkan Komuniti Madani yang ditubuhkan hari ini mempunyai sejarah panjang bermula lebih 30 tahun lalu.


"Beberapa penjenamaan semula nama kumpulan komuniti ini telah dibuat sejak 2004 sehingga kini ekoran daripada perubahan situasi semasa negara.


"Walaupun telah melalui beberapa fasa tampuk pemerintahan, badan ini terus kekal releven kerana peranannya yang jelas

sebagai gerakan sukarela komuniti dalam membantu memasarkan maklumat kenegaraan, dasar kerajaan dan memupuk perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.


"Justeru, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan penubuhan sebanyak 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara. Bagi negeri Pulau Pinang, JaPen akan menubuhkan sebanyak 120 Komuniti Madani membabitkan 40 kawasan DUN," katanya dalam majlis di Dataran Tulip, Midtown Perda, Seberang Perai Utara, tengah hari tadi.


Komuniti Madani mengutamakan penyebaran maklumat tepat ke tengah masyarakat bagi meningkatkan ilmu

Selain memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masayarakat, kata Fahmi, Komuniti Madani itu juga boleh dijadikan platform penyebaran maklumat kerajaan yang pada waktu ini kerap dipesongkan di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


"Saya percaya Komuniti Madani mampu memperkasakan usaha pemasaran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi," katanya.


Selain itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga berpesan kepada komuniti setempat memahami agenda Madani sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi bertunjangkan sikap hormat menghormati dan meraikan kepelbagaian.


Kerangka Madani, katanya, menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan dan tradisi budaya Malaysia.


Sehubungan itu, Fahmi mahu seluruh rakyat Malaysia berusaha untuk menjadikan komuniti mereka lebih baik, harmoni dan berilmu daripada sebelumnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page