top of page

Komuniti MADANI Kempas anjur program Jiwa Komuniti Madani

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 24, 2024
  • 1 min read

ree

Komuniti MADANI Kempas, Johor dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai baru baru ini menganjurkan program Jiwa Komuniti Madani @ Merdeka di B5 Johor Street Market.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Cabang Pulai, Faezuddin Puad, objektif utama program tersebut adalah untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa peserta serta pengunjung melalui pameran, pertandingan sukan rakyat dan kuiz kenegaraan.

ree
Faezuddin (kanan) mengiringi Suhaizan (baju merah)

"Dalam ucapan alu-aluan, saya menitipkan pesanan betapa pentingnya untuk generasi sekarang menghayati susah payah perjuangan dan pengorbanan pemimpin terdahulu berusaha untuk capai kemerdekaan.


"Mereka telah membuka jalan untuk kita menikmati kebebasan, keamanan, dan kemakmuran yang kita miliki hari ini," katanya di Facebook.


Beliau yang juga Ketua Komuniti Madani Kempas mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat yang merasmikan program tersebut, juga penghargaan kepada agensi kerajaan yang bekerjasama menjayakan program.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page