top of page

Komuniti Madani Gong Limau anjur pendaftaran PADU

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 7, 2024
  • 1 min read


Bertujuan memudahkan penduduk luar bandar mendaftar diri ke dalam aplikasi PADU, Komuniti Madani Kampung Gong Limau telah menganjurkan program pendaftaran PADU yang dilaksanakan bersekali bersama program gunting rambut percuma bagi pelajar sekolah, baru baru ini.


Menurut Pengerusi Komuniti Madani Kg Gong Limau, Ahmad Nadhir Yob, program tersebut telah berjaya mendaftarkan banyak warga emas yang kurang pengetahuan teknologi terkini menggunakan aplikasi PADU.

Ahmad Nadhir menyaksikan pelajar gunting rambut

"Yang datang program PADU kebanyakan warga emas. Jadi pembukaan kaunter PADU dengan kerjasama Jabatan Perangkaan sangat membantu warga emas.


"Seeloknya pembukaan kaunter PADU diperluaskan lagi bagi memastikan seramai mungkin rakyat mendaftar sistem PADU sebeum tarikh tutup 31 Mac," katanya.


Selain itu program gunting rambut juga, kata beliau, mendapat sambutan dari pelajar pelajar sekolah.


"Pihak Komuniti Madani Kg Gong Limau dengan kerjasama SMKSI 2 Kemaman telah mengadakan program gunting rambut percuma


"Program yang diadakan mendapat sambutan yang cukup baik daripada pelajar,ibu bapa dan juga penduduk setempat," katanya.


Pihak Komuniti Madani Gong Limau juga, katanya, mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Penerangan Daerah Kemaman, Mohd Fadli Yusof yang sudi hadir pada hari ini serta wakil daripada Jabatan Perangkaan Puan Izzati dan Puan Hafiqah yang hadir membantu kelancaran program berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page