Komen mengenai PH, masa depan Zuraida sendiri tidak jelas



Kritikan Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nor Hizwan Ahmad berkenaan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) kelmarin kelihatan pelik kerana hakikatnya masa hadapan politik bos beliau, Zuraida Kamarudin sendiri tidak pasti.


Timbalan Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Fahrulrazi Zailan berkata, Hizwan tidak perlu mempersoalkan pembangkang yang telah jelas memberi kepercayaan terhadap kepimpinan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, beliau hanya perlu fokus terhadap usaha memperbaiki prestasi Zuraida dan kementeriannya.


"Masa depan politik Zuraida sendiri belum jelas di dalam Perikatan Nasional, malah masih tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.


"Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebaliknya digunakan sebagai platform untuk meraih sokongan politik melalui lantikan di bawah Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) di setiap negeri.


"Namun Kerajaan Selangor di bawah PH berpandangan bahawa tiada keperluan melantik PeKT untuk bertindak sebagai perantara antara komuniti dan kerajaan memandangkan tugas ini telah dipertanggungjawabkan kepada setiap ahli majlis," katanya dalam satu kenyataan.


Sebelum ini, Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Rashid Asari mengumumkan mengenai penubuhan PeKT yang akan mewakili kerajaan PN di negeri diperintah pembangkang. Pihak yang terlibat akan dibayar elaun sebanyak RM2,000 sebulan untuk perkhidmatan mereka.


Bagaimanapun tidak diketahui fungsi sebenar PeKT selain menjadi alat politik kepada kerajaan pusat mengumpul sokongan menjelang pilihan raya.


"Kejijikan salah guna kuasa sebegini sebenarnya menguatkan lagi semangat reformasi yang didukung anggota parti KEADILAN untuk mengembalikan negara kita ke landasan yang sebenar.


"Hizwan harus lebih matang dalam sejarah politik sebelum menjadi Pak Turut dengan mengetuk tin kosong untuk menjamin masa depan.


"Saya kira Zuraida hanya "malang tiada datang tunggal" jika masih berminat lagi di kerusi Ampang.Ini kerana hasil pengkhianatan beliau telah melukakan rakyat yang mengundi di atas logo KEADILAN," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER